Khamis, 5 Februari 2009

Ilmu Alam atau Geografi

Dua-duanya sama. Dulu masa aku belajar kat sekolah rendah, dipanggil Ilmu Alam ( entah bila ditukar kepada geografi, akupun dah lupa ). Masa tu ada ada subjek-subjek lain seperti tawarikh, tatarakyat, lukisan. Sekarang ni nama-nama tu tak kedengaran lagi. Mungkin bagi sesetengah orang agak janggal bunyinya. Itulah perubahan masa.

Menurut Kamus Dewan, geografi ialah "sains tentang fitur-fitur semula jadi permukaan bumi, termasuk topografi, iklim, tanah, tumbuh-tumbuhan, dan gerak balas manusia terhadapnya".

Tiada ulasan: