Hari Habitat Sedunia disambut pada hari Isnin pertama bulan Oktober pada setiap tahun. Setiap negara ahli digalakkan untuk menyambut Hari Habitat Sedunia di negara masing-masing dengan menganjurkan aktiviti atau program yang selari dengan objektif Hari Habitat Sedunia. Sambutan peringkat global atau World Habitat Day Global Observance akan diaturkan oleh UN-HABITAT di satu atau dua buah negara yang terpilih setiap tahun.
Sambutan Hari Habitat Sedunia di Malaysia diterajui oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, selaku National Focal Point bagi UN-HABITAT di Malaysia. Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Bahagian Korporat adalah urus setia bagi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Habitat Sedunia peringkat kebangsaan setiap tahun.
Tema sambutan pada tahun 2010 ialah : Better City, Better Life
Hari Habitat Sedunia mula disambut oleh UN-HABITAT bermula tahun 1986. Objektif sambutan Hari Habitat Sedunia adalah seperti berikut :
(i) Meningkatkan kesedaran masyarakat dunia mengenai keadaan petempatan manusia semasa;
(ii) Hak setiap individu untuk memiliki tempat tinggal yang selesa; dan
(iii) Mengingatkan masyarakat dunia mengenai tanggungjawab masing-masing terhadap masa depan penempatan manusia.
Petikan Sumber : http://habitat.kpkt.gov.my/?page_id=2
Maklumat Tambahan :
2. http://www.habitat.org/asiapacific/
3. http://www.un.org/en/events/habitatday/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan