Khamis, 12 September 2013

Buku Penggunaan Lestari

PENGGUNAAN LESTARI: BAGAIMANA TINGKAH LAKU REMAJA?
Penggunaan LestariBuku Penggunaan Lestari: Bagaimana Tingkah Laku Remaja? Ini adalah berdasarkan kajian bertajuk ‘Pengetahuan dan Amalan Penggunaan Lestari dalam Kalangan Remaja Sekolah Menengah’ yang dibiayai oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Kajian yang dijalankan pada 2008 hingga 2009. Secara umumnya, kajian ini bertujuan meneliti tahap pengetahuan, amalan dan sikap remaja sekolah terhadap penggunaan lestari. Adalah menjadi matlamat untuk menekankan pentingnya amalan lestari dalam kalangan pelajar sekolah kerana mereka bukan sahaja akan membesar menjadi dewasa yang bertanggungjawab tetapi boleh mempengaruhi orang lain, khususnya ahli keluarga di rumah untuk menerapkan amalan ini, di samping bakal meneraju kepimpinan Negara kelak. Pengetahuan, amalan dan sikap individu terhadap kepentingan sumber alam sekitar dapat mengajar mereka menghardai alam semula jadi selain menjadi pengguna yang lestari. Gaya hidup yang lestari akan menyumbang dalam peningkatan kesejahteraan hidup. Adalah diharapkan buku ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh pembaca, khususnya para penyelidik dalam isu berkaitan.
Mumtazah Othman & Nurizan Yahaya
978-967-344-225-6
RM 35.00
144 muka surat

Tiada ulasan: