ABSTRAK
ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dan penggunaannya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran geografi kini semakin mendapat sambutan dalam kalangan pendidik bagi
mewujudkan persekitaran pembelajaran realistik maya yang interaktif dan menyeronokkan. Ini
disebabkan ICT boleh membantu pelajar dalam pembinaan daya kreativiti dan inovasi di samping
dapat memupuk kecekapan penggunaan teknologi dalam mengakses maklumat daripada pelbagai
sumber yang sejajar dengan perkembangan global berasaskan e-pembelajaran dan k-ekonomi.
Antara penggunaan pendekatan ICT dalam proses pengajaran pembelajaran geografi terdiri
daripada pembelajaran tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Penggunaan ICT dalam
proses pengajaran pembelajaran berlaku bukan hanya setakat di dalam bilik darjah semata-mata,
tetapi juga merentasi di luar bilik darjah sehingga ke peringkat global. Transformasi maklumat
boleh dilakukan dari satu hala menjadi dua hala atau lebih. Dengan ini suasana pengajaran
pembelajaran menjadi lebih menarik melalui penggunaan interaktiviti elemen ICT seperti teks,
audio, video, grafik dan animasi yang melibatkan sensori manusia. Sehingga kini pelajar tidak
digalakkan menghafal fakta geografi tetapi amat digalakkan untuk meningkatkan tahap
kemahiran befikir dan berkomunikasi bagi menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat
keputusan. Dengan ini sebagai menyahut anjakan paradigma dalam perkembangan pendidikan
geografi masa kini, kelestarian penggunaan ICT secara terancang, bersesuaian dan berfikrah
adalah amat diperlukan untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran
pembelajaran geografi di sekolah. Untuk ini guru dan pengamal geografi perlu memainkan
peranan masing-masing dalam melengkapi diri dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan
termasuk pedagogi dan kemahiran memilih perisian ICT demi meningkatkan kualiti pengajaran pembelajaran Geografi di Sekolah.
Dapatkan Kertas Kerja penuh di sini >>> Kertas Kerja dan Tentatif Aturcara Seminar
2 ulasan:
saya teringin sangat nak jadi cikgu geografi sekolah menengah...macam mana nak apply maktab perguruan?? sekrg ni saya berada di Uitm..
Saudara boleh mohon untuk buat pendidikan dalam bidang geografi di mana-mana universiti tempatan seperti di UPSI.
Catat Ulasan