Rabu, 8 September 2010

Gunung di Malaysia



Gunung/ Ukuran dalam unit Kaki/ Tempat Negeri

1. Gunung Kinabalu 13,455 Sabah Kinabalu Park Sabah

2. Gunung Thusmadi 8,669 Sabah

3. Gunung Tambuyukon 8,462 Sabah

4. Gunung Murud 7,946 Sarawak

5. Gunung Mulu 7,795 Mulu Park Sarawak

6. Gunung Tahan(Kuala Tembeling)7,174 Taman Negara Pahang (conquered )

7. Gunung Korbu(Ulu Kinta) 7,162 Ipoh Perak (conquered )

8. Gunung Yong Belar 7,156 Perak/Kelantan (conquered )

9. Gunung Gayong 7,129 Perak (conquered )

10. Gunung Chamah(Grik) 7,212 Tasek Temenggor Perak/Kelantan

11. Gunung Yong Yap 7,110 Tasek Temenggor Perak/Kelantan

12. Gunung Ulu Sepat(Grik) 7,089 Tasek Temenggor Perak/Kelantan

13. Gunung Batu Putih(Tapah) 6,990 Kg. Sg. Woh Perak (conquered )

14. Gunung Tama Abu 6,930 Banjaran Tama Abu Sarawak

15. Gunung Irau 6,924 Cameron Highland Pahang

16. Gunung Benum 6,914 Jerantut Pahang

17. Gunung Apd Runan 6,900 Sarawak Kelabit Highland Sarawak

18. Gunung Cerah 6,898 Perak/Kelantan

19. Gunung Berembun 6,817 Perak (conquered )

20. Gunung Berinchang 6,664 Cameron Highland Pahang

21. Gunung Tangga 6,609 Cameron Highland Pahang

22. Gunung Swettenham 6,434 Taiping Perak

23. Gunung Liang Timur Peast 6,343 Behrang Ulu/Tg. Malim Perak

24. Gunung Siku 6,284 Cameron Highland Pahang

25. Gunung Noring 6,197 Perak

26. Gunung Bintang 6,110 Perak

27. Gunung Noring East 6,106 Kg. Kuala Balah Kelantan

28. Gunung Beremban 6,041 Pahang

29. Gunung Basor 6,038 Kelantan

30. Gunung Semangko 5,984 Kuala kubu Baharu Selangor

31. Gunung Ulu Kali 5,814 Ulu Yam Baru Selangor

32. Gunung Bujang 5,812 Pahang

33. Gunung Besar 5,737 Lasah/Sg. Siput Perak

34. Gunung Chabang 5,612 Simpang Pulai(Kinta) Perak (conquered )

35. Gunung Jasar 5,565 Cameron Highland Pahang

36. Gunung Rajah 5,526 Kuala Kubu Baharu Selangor

37. Gunung Bubu(Manong) 5,437 Kuala Kangsar Perak

38. Gunung Bah Gading 5,318 Kg. Gedung/Bidor Perak

39. Gunung Perdah 5,173 Cameron Highland Pahang

40. Gunung Ulu Jerneh(Selama) 5,172 Kg. Lubok Buaya/Kg. Masjid Perak

41. Gunung Rabong 5,047 Gua Musang Kelantan

42. Gunung Ulu Titi Basah(Grik) 5,030 Tasek Temenggor Perak

43. Gunung Lebah 4,992 Kg. Ulu Selim(Slim River) Perak

44. Gunung Tapis 4,960 Kuantan Pahang

45. Gunung Nuang 4,898 Pangsoon/Ulu Langat Selangor

46. Gunung Bedong 4,818 Cameron Highland Pahang

47. Gunung Besar Hantu 4,794 Bkt. Lolo/Ulu Langat Selangor

48. Gunung Mandi Angin(Dungun) 4,790 Kg. K. S. Perlis Kelantan

49.Pine Hill Tree(Frasiers Hill)4,777 Kuala Kubu Baru Selangor/Pahang

50.Gunung Hijau(Bkt Maxwell) 4,751 Taiping Perak

51. Gunung Ulu Perus 4,700 Taman Negara Pahang

52. Gunung Bunga Buah 4,690 Genting Highland Pahang

53. Gunung Stong 4,664 Kuala Krai Kelantan (conquered )

54. Gunung Chingkai 4,583 Kg. Jalong/Sg. Siput Perak

55. Gunung Diwangsa 4,578 Taman Negara Pahang

56. Gunung Ulu Bakar(Jerantut) 4,563 Taman Negara Pahang

57. Gunung Gagau 4,513 Taman Negara Pahang

58. Gunung Ulu Bakau 4,421 Selangor

59. Gunung Inas(Grik) 4,400 Kg. Kenering Perak

60. Gunung Ulu Soh(K. Kangsar) 4,343 Tasek Chenderoh Perak

61. Gunung Padang 4,314 Terengganu

62. Gunung Berangkat 4,254 Perhentian Bertam Baharu Kelantan

63. Gunung Perdis 4,195 Taman Negara Pahang

64. Gunung Ledang(Segamat) 4,187 Asahan/Sagil/Tangkak Johor

65. Gunung Panggang Paku 4,155 Cameron Highland Pahang

66.Bkt Lata Papalang 4,152 Kg. Tg. Pari(Baling) Kedah

67.Gunung Biong 3,997 Kg. Baharu Sauk,Batu Kurau Perak

68. Gunung Jerai(Gurun) 3,992 Kuala Muda Kedah (conquered )

69. Gunung Gajah Terom 3,958 Terengganu

70. Gunung Bokbak 3,934 Perak

71. Gunung Telapa Buruk 3,913 Kg. Ulu Klawang N. Sembilan

72. Gunung Irong 3,908 Pahang

73. Gunung Kuak Rimau(Grik) 3,712 Pahang

74. Gunung Kubang Badak 3,650 Kg. Surau Baling Kedah

75. Gunung Gabis 3,627 Kg. Bkt Koman(Raub) Pahang

76. Gunung Penumpu 3,590 Taman Negara Pahang

77. Gunung Serundum 3,462 Pancing/Kuantan Pahang

78. Gunung Lerek(Maran) 3,441 Kg. K. Sentul Pahang

79. Gunung Besar 3,398 Johor

80. Gunung Belumut 3,313 Kg. Kahang/Kluang Johor

81. Gunung Bekok 3,126 Johor

82. Gunung Datok 2,900 Rembau N. Sembilan

83. Gunung Raya 2,890 Pulau Langkawi Kedah

84. Gunung Perak 2,836 Kedah

85. Western Hill(Penang Hill) 2,723 Pulau Pinang

86. Gunung Angsi 2,702 Kuala Pilah N. Sembilan

87. Gunung Tampin 2,507 Tampin N. Sembilan

88. Gunung Pulai(Pulai) 2,147 Johor

89. Gunung Senyum 1,594 Felda Bt. 25/Jengka Pahang

90. Gunung Panti 1,498 Kg. Lukut, Kota Tinggi/ Johor

91. Bukit Takun 1,450 Melawati/Ulu Klang Selangor

92. Gunung Lubok Tedong 1,420 Melawati/Gombak Selangor

93. Gunung Lepo 1,400 Ulu Langat Selangor

Gunung Sinabung Meletus

Letusan paling kuat Sinabung


GAMBAR yang diambil pada pukul 12:31 pagi tadi menunjukkan pancutan TINGGI ABU GUNUNG BERAPI DARI KAWAH GUNUNG SINABUNG di daerah Tanah Karo, Sumatera Utara. – AFP

Sumber : Utusan Online 08 September 2010

KABANJAHE, Indonesia 7 Sept. – Sebuah gunung berapi di Indonesia yang kembali aktif selepas empat abad, memuntahkan abu setinggi beribu-ribu meter ke udara hari ini dalam letusan paling kuat setakat ini.

Seorang saksi berkata, lahar, batuan, abu dan gas dimuntahkan ke udara dari kawah Gunung Sinabung yang mempunyai ketinggian 2,460 meter dan terletak di utara Sumatera itu sejurus selepas tengah malam.

Letusan berkenaan dikatakan berlaku selama lima minit dan gegarannya dapat dirasai sejauh lapan kilometer.

“Ia dua kali ganda lebih kuat berbanding sebelum ini dan abu setinggi 5,000 meter juga dirakamkan,” kata pakar gunung berapi kerajaan, Agus Budianto.

Lebih 20,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka sejak gunung berapi itu mula meletus penghujung bulan lalu dan kekal di pusat pemindahan sementara.

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono melawat kawasan berdekatan Gunung Sinabung semalam dan menasihati penduduk yang dipindahkan ke tempat perlindungan sementara supaya bersabar.

“Buat masa ini, Sinabung sangat aktif dengan siri letusan. Untuk keselamatan anda, tolong kekal di pusat pemindahan buat sementara waktu... Saya harap ia tidak akan berpanjangan,” kata beliau lagi.

Setiap letusan baru yang berlaku, timbul kebimbangan mengenai penduduk yang masih berada di kediaman mereka di kaki gunung untuk mengawal rumah dan tanaman mereka.

Indonesia mempunyai 69 gunung berapi aktif yang meletus beberapa kali sebelum ini dan terletak di kawasan yang dikenali sebagai Lingkaran Api Pasifik.

Gunung berapi mengorbankan ribuan rakyat Indonesia sejak 200 tahun lalu termasuk letusan Gunung Tomboro pada 1815 yang telah menyebabkan 70,000 nyawa terkorban.

Menurut beberapa pakar arkeologi, Gunung Sinabung yang terletak berdekatan dengan Danau Toba, yang mempunyai kawah sepanjang 100 kilometer dan dipercayai hampir memusnahkan semua umat manusia ketika ia meletus 69,000 hingga 77,000 tahun lalu. – AFP

Maklumat lanjut berkaitan Gunung Sinabung:

1. http://id.wikipedia.org/wiki/Gunung_Sinabung

2. http://en.wikipedia.org/wiki/Mount_Sinabung

Ahad, 5 September 2010

Orientasi Peta

Feb 4, 2010

Orientasi Peta

( Petikan sumber : http://acrossplanet.blogspot.com/2010/02/malu-bertanya-sesat-jalan-ada-kebenaran.html )

MALU bertanya sesat jalan', ada kebenaran di sebalik kata-kata pepatah itu. Tetapi bagaimana pula keadaannya jika seseorang itu berada jauh di dalam hutan dan orang yang ada di sekeliling pula tidak dapat menunjukkan arah yang betul.
Berdepan dengan risiko sesat sememangnya menakutkan tetapi keadaan mungkin lebih terkawal jika ada yang membawa peta, kompas dan juga tahu menggunakannya. Masih ingatkah bila kali terakhir kita merujuk perjalanan pada sesebuah peta dan lebih penting lagi masih fahamkah kita dengan cara-cara penggunaannya.
Kemahiran membaca peta melengkapkan seseorang pengembara dengan teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan tepat. Hakikatnya kini, masih ramai yang melakukan aktiviti riadah di hutan tanpa dua 'sahabat baik' si pengembara itu. Bahkan, khidmat pemandu pelancong dan sistem penentu kedudukan global (GPS) lebih menjadi pilihan.
Tetapi apakah jaminan yang dimiliki sekiranya alat yang dibawa itu gagal berfungsi ataupun pemandu pelancong yang diupah hanya arif mengenai laluan yang biasa digunakan?
Bertempat di kaki Gunung Nuang, Ulu Langat, Komuniti Radio Amatur Alam Damai (ADARC 47) baru-baru ini menganjurkan Kursus Asas Pandu Arah dan Orientasi Peta.
Pensyarah Kursus, Kapten Aswadi Norman Safeie berkata, peta bukan sahaja memberi tunjuk arah malah menceritakan maklumat secara terperinci mengenai bentuk muka bumi di sesuatu kawasan.
"Berpandukan peta sesuatu kawasan kita dapat mengenal pasti bentuk kawasan dan membuat persediaan perjalanan dengan lebih teratur.
"Peta adalah aset terpenting bagi setiap pengembara," katanya yang mencurahkan pengalaman dalam bidang itu dari Sekolah Latihan Peperangan Pulada (Pusat Latihan Darat), Tentera Darat Malaysia.
Kursus melibatkan 20 peserta itu bermula dengan pengenalan tiga alat utama dalam kursus asas pandu arah iaitu peta, kompas dan jangka sudut peta (protector). Pembelajaran bermula dengan pengenalan jenis-jenis peta seperti peta topografi, peta planimetri dan peta jasad timbul. Peta topografi adalah peta yang biasa digunakan. Ia dibezakan dengan kategori peta terhad (bergrid) dan tidak terhad.
Melalui maklumat pada bingkai peta pula, peserta diajar cara-cara membaca arah, kontur, tafsiran gambar, nisbah dan skala sehinggalah panduan yang betul meletakkan peta semasa dibaca.
"Posisi membaca peta juga perlu sejajar bagi mengelakkan kekeliruan. "Sebaik-baiknya peta dibaca di atas permukaan yang rata," jelas Aswadi.
Tambah beliau, dengan kebolehan mentafsir maklumat muka bumi pada peta, seseorang mungkin mengambil kira soal beban yang dibawa, jarak perjalanan dan merancang tapak penempatan semasa bermalam. Selepas pengenalan asas membaca peta dan cara penggunaan jangka sudut, peserta mengeluarkan kompas yang disediakan oleh penganjur dan bersedia untuk pembelajaran seterusnya.
Tiga kegunaan utama kompas yang diajar pada hari itu adalah kaedah mencari bearing sesuatu objek yang terdapat di muka bumi, meletakkan arah bearing dan menggunakan bearing dalam orientasi peta. Dengan menggabungkan semua peralatan yang diberikan, peserta kemudiannya diuji mengukur jarak dari satu titik ke titik yang lain dan menentukan arah tuju dengan tepat.
Malah hanya selepas mengikuti sendiri kursus itu baru sahaja penulis mengetahui tata-tertib penggunaan dan penjagaan kompas yang sebenarnya begitu teliti dan rapi. Aswadi berkata, objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan kepada orang ramai terutama kepada pemegang-pemegang lesen radio amatur dalam pengetahuan pandu arah.
Katanya, orientasi peta bukan sahaja penting untuk mereka yang selalu melakukan aktiviti hutan malah diperlukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang biasa disertai ahli kelab radio amatur.
Sementara itu, ahli jawatan kuasa ADARC 47, Mohd. Nizam Abrahim berkata, walaupun baru pertama kali diadakan acara itu akan dijadikan acara tahunan untuk memberi lebih kesedaran kepada umum.
Katanya, selain kursus pandu arah dan orientasi peta, kursus turut menerapkan kemahiran ikhtiar hidup seperti panduan menyelamatkan diri di dalam hutan, membuat api, teknik ikatan dan simpulan serta bahasa isyarat kecemasan.
"Sebagai permulaan kita memilih Gunung Nuang sebagai lokasi kursus untuk memberi kesedaran kepada mereka yang terlibat dalam aktiviti hutan,"jelasnya.
Maklumat lanjut mengenai aktiviti kelab boleh diperolehi dari laman www.adarc47.blogspot.com.

Rabu, 1 September 2010

Gunung Berapi Sinabung

Petikan daripada akhbar Kosmo 31 Ogos 2010.