Memaparkan catatan dengan label alam sekitar. Papar semua catatan

Khamis, 12 September 2013

RAKAN ALAM SEKITAR

Latarbelakang

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengambil inisiatif merangka satu program baru iaitu Rakan Alam Sekitar yang dibentuk bagi meningkatkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat di setiap kawasan Parlimen dalam aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta membantu membanteras kegiatan-kegiatan yang merosakkan dan mencemarkan alam sekitar.
Pogram RAS adalah berbentuk ‘community based’ dan ‘hands-on’; melibatkan penduduk setempat termasuklah generasi muda dan dewasa, NGOs serta juga pihak-pihak industri atau swasta tempatan. Ianya merupakan satu program out-reach yang dijalankan mengikut kawasan Parlimen.
Rakan Alam Sekitar adalah saluran yang tepat untuk meningkatkan keberkesanan aduan kerana dengan penglibatan masyarakat tindakan yang segera dapat diambil sewajarnya oleh agensi kerajaan yang berkenaan.
Majlis Pelancaran Rakan Alam Sekitar peringkat Kebangsaan telah diadakan dengan jayanya pada 4 Jun 2009 bersempena dengan World Environment Day 2009 yang telah disempurnakan oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri bertempat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar, Johor.

Objektif

Objektif Rakan Alam Sekitar adalah:
  1. Memberikan kesedaran alam sekitar di setiap lapisan masyarakat.
  2. Menanamkan rasa tanggungjawab di kalangan masyarakat untuk bertindak dan mengambil bahagian dalam menjaga alam sekitar yang dikongsi bersama.
  3. Menyediakan saluran yang tepat bagi masyarakat membuat aduan atau pandangan mengenai alam sekitar kepada agensi-agensi kerajaan berkenaan.

Konsep

Penerangan Logo / Simbol
Harmoni simbol Bumi, Manusia dan ekosistem dalam setitik embun yang melambangkan alam sekitar lestari adalah tonggak program. Warna Biru melambangkan kedamaian.
Simbol Warga
Keluarga/Masyarakat
Peranan unit keluarga/masyarakat yang bersatu padu dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar.
Dedaun
Dedaun
Dedaun dalam dwi-warna hijau melambangkan ekosistem dan kesegaran flora.
Jalinan Pelangi
Jalinan Pelangi
Jalinan warna-warni pelangi melambangkan keceriaan alam maya dan kesejahteraan hidup.
Nama Kelab
Nama Kelab
Nama program melambangkan ketegasan bagi merealisasikan program.

Ikrar RAS

Ikrar :
Bahawa Kami Ahli Rakan Alam Sekitar
Membuat Ikrar Di Sini
Akan Menjalankan
Tugas- Tugas Sukarelawan Ini
Dengan Sepenuh Hati
Ke Arah ini Kami Akan :-
Menjadi Mata Dan Telinga
Kepada Agensi-Agensi Kerajaan Yang Bertanggungjawab
Dalam Membenteras Kegiatan-Kegiatan Yang Merosakkan
Atau Mencemarkan Alam Sekitar 5
Kami juga Akan Menjadi Penggerak Utama
Kepada Program- Program Serta Kempen- Kempen
Kesedaran Alam Sekitar Di Kawasan Kami
Untuk Memberikan Kesedaran Alam Sekitar
Kepada Semua Lapisan Masyarakat,
Untuk Bertindak Dan Mengambil Bahagian
Menjaga Alam Sekitar
Yang Kita Kongsi Bersama ini
Semoga Tuhan Memberkati Usaha Ini

Golongan Sasaran

Golongan sasaran :
  1. Pemimpin masyarakat
  2. Penduduk setempat
  3. NGOs
  4. Sektor swasta
  5. Ahli-ahli akademik
  6. Golongan belia
  7. Pelajar-pelajar sekolah dan universiti

Program/Aktiviti RAS

Aktiviti-aktiviti Rakan Alam Sekitar meliputi pelaporan kes-kes pencemaran dan kerosakan alam sekitar kepada agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk tindakan, program mencegah dan mengawal pencemaran, memperindahkan kualiti alam sekitar (the enhancement of environment) dan kempen pendidikan dan kesedaran alam sekitar.
Antara program/ aktiviti Rakan Alam Sekitar yang telah dijalankan ialah aktiviti pemantauan pencemaran, pembersihan pantai, kitar semula buangan, pengkomposan, penanaman pokok, pemuliharaan air tasik dan tanah gambut, River Ranger dan lain-lain.

Ahad, 18 Disember 2011

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR ASAS PENGURUSAN BERHEMAH

Abu Bakar Bin Yang
Pegawai Penyelidik

Malaysia adalah sebuah negara yang sedang berusaha menjadi sebuah negara membangun. Usaha ini jelas kelihatan dengan kepesatan pembangunan dalam pelbagai bidang seperti pertanian, perindustrian, perumahan, perkilangan, pembuatan dan bermacam lagi. Apa yang dikenali sebagai pembangunan ini bukan semata-mata mendatangkan faedah kepada manusia, tetapi ianya juga turut mendatangkan masalah dan bencana sekiranya tidak ditangani dengan bijaksana dan berhemah. Salah satu masalah yang telah, sedang dan akan dihadapi seiring dengan pembangunan ini ialah masalah alam sekitar. Masalah ini bukan sahaja melanda negara kita Malaysia, tetapi telah menjadi isu antarabangsa yang sedang hangat diperkatakan.

Walaupun berbagai usaha telah dan akan dilaksanakan, namun dengan menjelangnya abad ke-21, masalah pencemaran alam sekitar menjadi semakin parah. Dengan masalah alam sekitar yang sedemikina rupa, masyarakat dunia kelihatan agak panik dan telah berusaha dengan serius membincangkan masalah ini. Soalannya sekarang apakah faktor-faktor yang mendorong kepada keadaan yang tragis ini? Sehingga kini soalan-soalan yang sebegini masih terbuka dan sangat relevan untuk diperbincangkan. Apa yang pasti sejak kebelakangan ini ialah perbincangan yang berkaitan dengan faktor-faktor pencemaran alam sekitar kelihatan semakin rumit, luas dan berbagai dimensi. Berbagai pendekatan telah diambil bagi menangani masalah ini, dan salah satu daripadanya yang terpenting ialah menerusi pendekatan pendidikan.

Islam dan Pendidikan Alam Sekitar

Islam tidak pernah ketinggalan dalam menghadapi apa jua masalah yang dihadapi oleh manusia, termasuk juga masalah alam sekitar. Sebagai satu agama yang syumul, Islam mempunyai kaedah, jalan penyelesaian dan perspektifnya yang tersendiri terhadap krisis alam sekitar.

Perspektif Islam terhadap alam sekitar adalah berasaskan al Quran dan sunnah Rasullullah s.a.w. yang menerangkan tentang saling hubungan yang erat antara manusia dengan Penciptnya, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam sekitar. Islam mengajar bahawa alam ini berimbang dan dalam keadaan yang harmonis, dan manusia tidak mempunyai hak untuk mencabulinya sesuka hati.

Perspektif ini adalah berdasarkan kepada ajaran tauhid yang menerangkan kedudukan dan peranan manusia di alam ini. Dalam Islam, manusia adalah khalifah yang ditugaskan untuk memakmurkan alam ini. Istilah memakmurkan alam ini adalah merangkumi semua aspek kehidupan manusia, sama ada yang berkaitan dengan hubungannya dengan Penciptanya, sesama manusia maupun dengan alam sekitarnya. Di samping itu, keseimbangan yang disarankan oleh Islam sejak dari dulu lagi adalah merupakan prinsip asas sains alam sekitar, di mana termasuk di dalamnya sains Islam. Secara kasarnya, sains Islam merupakan hubungan berbagai dimensi antara pelbagai makhluk dan benda, analisis dan rumusan, kesatuan alam sekitar, sintesis dan kesimpulan. Pendek kata, sains Islam adalah berasaskan kepada intuisi yang mendalam terhadap sifat saling bergantungan dan berhubungan antara semua benda dan makhluk yang terdapat di alam ini.

Oleh itu, pendidikan yang dibawa hendaklah berkisar disekitar menyedarkan manusia kepada keperluan untuk mengekalkan peranan utamanya sebagai khalifah di mukabumi serta mengekalkan aspek harmoni dan keseimbangan yang telah sedia wujud di alam ini.

Kepentingan Pendidikan

Pendidikan adalah penting untuk mempertingkatkan pembangunan mapan dan memperbaiki keupayaan manusia untuk menangani isu-isu alam sekitar dan pembangunan. Alam sekitar dan pembangunan perlu digabungkan sebagai komponen penting dalam pembelajaran. Pendidikan formal dan tidak formal adalah penting untuk menukar sikap manusia agar mereka mempunyai keupayaan untuk menilai dan menghadapi kepekaan mereka terhadap pembangunan mapan.

Ianya juga penting untuk mencapai kesedaran alam sekitar dan etika, nilai dan sikap, kemahiran dan tingkah laku yang konsisten dengan pembangunan mapan dan untuk keberkesanan penglibatan awam dalam membuat keputusan. Untuk mencapai keberkesanan pendidikan alam sekitar dan pembangunan hendaklah dikendalikan dengan mengambil kira persekitaran biologi, fizikal, sosio ekonomi yang dinamik, pembangunan manusia, dan juga kerohanian. Semua elemen ini hendaklah digabungkan dalam semua disiplin dan menggunakan kaedah formal dan tidak formal dan cara berkomunikasi yang berkesan. Selain itu ianya juga bertujuan untuk mencapai kesedaran alam sekitar dan pembangunan di dalam semua sektor masyarakat di peringkat sedunia secepat mungkin.

Pendidikan yang dimaksudkan ini juga adalah dengan tujuan untuk berusaha mencapai perolehan pendidikan alam sekitar dan pembangunan, yang dikaitkan dengan pendidikan sosial, daripada peringkat umur sekolah rendah dan tadika hingga kepada setiap orang dewasa.

Selain itu ianya juga bertujuan untuk meningkatkan konsep persepaduan alam sekitar dan pembangunan di dalam semua program pendidikan, khasnya analisa ke atas punca isu-isu alam sekitar dan pembangunan yang utama dalam konteks tempatan, berasaskan bukti saintifik yang paling tepat dan punca-punca pengetahuan lain yang sesuai, dan memberi penekanan khas kepada latihan lanjutan untuk pembuat keputusan di semua peringkat.

Di samping itu kita juga menyedari bahawa terdapat kekurangan dalam kesedaran dalam aktiviti-aktiviti manusia dengan alam sekitar akibat maklumat yang tidak mencukupi dan tidak tepat. Negara-negara membangun khasnya kurang mempunyai teknologi dan kepakaran. Adalah perlu untuk meningkatkan kepekaan awam terhadap masalah alam sekitar dan pembangunan dan melibatkan mereka dalam penyelesaian masalah dan menggalakkan sikap bertanggungjawab dan motivasi dan komitmen terhadap pembangunan mapan.

Selain daripada meningkatkan kesedaran, salah satu aspek lagi yang penting untuk dikemukakan kepada masyarakat ialah latihan. Latihan adalah salah satu alat penting untuk membangunkan sumber manusia dan memudahkan peralihan ke arah dunia yang lebih mapan. Ianya hendaklah menumpukan kepada usaha untuk mengisi dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang akan membantu individu mendapatkan pekerjaan dan melibatkan diri dalam kerja yang berkaitan dengan alam sekitar dan pembangunan. Dalam masa yang sama, program latihan hendaklah meningkatkan kesedaran dalam isu-isu alam sekitar dan pembangunan sebagai proses pembelajaran dua hala.

Kesimpulan

Sebagai seorang yang beriman, kita tidak mahu kemajuan sains dan teknologi yang dikecapi selama ini hanya bertujuan untuk melayani kehendak nafsu manusia semata-mata. Dengan berbekalkan kesedaran inilah maka segala tindakan atau aktiviti yang diambil terhadap alam sekitar adalah merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengingatkan manusia dalam menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai khalifah di mukabumi. Begitu juga dengan jalan penyelesaian yang diambil terhadap masalah alam sekitar yang timbul tidak seharusnya bertujuan untuk memenuhi tuntutan lahiran dan fizikal manusia yang tidak terbatas itu sahaja.

Krisis alam sekitar yang telah melanda manusia ini sebenarnya memerlukan kepada jalan penyelesaian yang lebih bersifat ketauhidan/rabbani. Kaedah penyelesaiannya hendaklah berasaskan kepada kefahaman manusia itu sendiri terhadap sejauh mana peranan yang perlu dimainkannya sebagai khalifah di alam ini. Sebagai khalifah yang dipertanggungjawabkan untuk memakmurkan alam ini, sudah pastilah manusia itu dituntut untuk mengetahui isi kandungannya dan memahaminya sebagai satu jalan untuk menjadikannya sebagai seorang khalifah yang sempurna. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. di dalam al Quran yang bermaksud:

�Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk (penjuru), dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bahawa al Quran itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?� Fussilat - 53

Hanya asas yang sebegini sahajalah yang mampu untuk membangunkan dunia yang selamat dan sejahtera, yang dapat membentuk sains dan teknologi yang bersopan, membina peradaban yang tinggi, dan mencorakkan pandangan dan cara hidup yang sihat.

Sumber Bahan : http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=679&cmd=resetall