Buku Penggunaan Lestari: Bagaimana Tingkah Laku Remaja? Ini adalah berdasarkan kajian bertajuk ‘Pengetahuan dan Amalan Penggunaan Lestari dalam Kalangan Remaja Sekolah Menengah’ yang dibiayai oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Kajian yang dijalankan pada 2008 hingga 2009. Secara umumnya, kajian ini bertujuan meneliti tahap pengetahuan, amalan dan sikap remaja sekolah terhadap penggunaan lestari. Adalah menjadi matlamat untuk menekankan pentingnya amalan lestari dalam kalangan pelajar sekolah kerana mereka bukan sahaja akan membesar menjadi dewasa yang bertanggungjawab tetapi boleh mempengaruhi orang lain, khususnya ahli keluarga di rumah untuk menerapkan amalan ini, di samping bakal meneraju kepimpinan Negara kelak. Pengetahuan, amalan dan sikap individu terhadap kepentingan sumber alam sekitar dapat mengajar mereka menghardai alam semula jadi selain menjadi pengguna yang lestari. Gaya hidup yang lestari akan menyumbang dalam peningkatan kesejahteraan hidup. Adalah diharapkan buku ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh pembaca, khususnya para penyelidik dalam isu berkaitan.Khamis, 12 September 2013
Buku Penggunaan Lestari
Buku Penggunaan Lestari: Bagaimana Tingkah Laku Remaja? Ini adalah berdasarkan kajian bertajuk ‘Pengetahuan dan Amalan Penggunaan Lestari dalam Kalangan Remaja Sekolah Menengah’ yang dibiayai oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Kajian yang dijalankan pada 2008 hingga 2009. Secara umumnya, kajian ini bertujuan meneliti tahap pengetahuan, amalan dan sikap remaja sekolah terhadap penggunaan lestari. Adalah menjadi matlamat untuk menekankan pentingnya amalan lestari dalam kalangan pelajar sekolah kerana mereka bukan sahaja akan membesar menjadi dewasa yang bertanggungjawab tetapi boleh mempengaruhi orang lain, khususnya ahli keluarga di rumah untuk menerapkan amalan ini, di samping bakal meneraju kepimpinan Negara kelak. Pengetahuan, amalan dan sikap individu terhadap kepentingan sumber alam sekitar dapat mengajar mereka menghardai alam semula jadi selain menjadi pengguna yang lestari. Gaya hidup yang lestari akan menyumbang dalam peningkatan kesejahteraan hidup. Adalah diharapkan buku ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh pembaca, khususnya para penyelidik dalam isu berkaitan.Selasa, 29 November 2011
Buku PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR DI MALAYSIA

PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR DI MALAYSIA Author: Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah Publisher: Universiti Pendidikan Sultan Idris • 2005 • ISBN 983-2620-59-7 • 0 pages • 0.0 kg • Edition 0
Buku ISU-ISU DAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR FIZIKAL

ISU-ISU DAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR FIZIKAL
Geografi merupakan suatu disiplin ilmu yang pantas mengalami perubahan kerana ia berkait langsung dengan elemen ruang dan masa, segala perubahan yang berlaku dalam ruang akan memberi impak langsung kepada bidang geografi. Oleh itu, pendidikan geografi seharusnya sentiasa bersedia di samping berupaya memberi respons yang terbaik sebaik mungkin kepada perubahan- perubahan yang berlaku dalam bidang geografi. Jika diperhatikan dalam tempoh terdekat ini, pembangunan dalam aspek pengetahuan geografi bersama-sama dengan aplikasi kemahiran, konsep dan nilai telah memberi suatu dinamisme baharu kepada pendidikan geografi.
Pelbagai isu yang dikemukakan dalam buku ini berkaitan dengan situasi sebenar dalam pendidikan geografi khususnya di sekolah. Walaupun mata pelajaran geografi merupakan mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas tetapi telah timbul minat pelajar untuk mempelajari geografi di peringkat prauniversiti. Bidang geografi akan menjadi semakin penting dan perlu selagi manusia itu berinteraksi dengan alam sekitar. Pengetahuan dalam bidang geografi dianggap sebagi input penting dalam membuat keputusan pada hari ini dan masa hadapan terutamanya dari segi keberkaitan geografi dalam perancangan dan pembangunan negara. Perubahan-perubahan yang dilakukan oleh manusia terhadap ruang akan memberi implikasi yang luas bukan sahaja kepada persekitaran fizikal terapi juga kepada manusia.
Tinjauan terhadap literasi geografi turut dibangkitkan daripada segi keperluan dalam pendidikan masa kini dan geografi amat sesuai diajar sebagai satu masa pelajaran dalam kurikulum pendidikan umum di pelbagai peringkat. Walaupun mata pelajaran geografi si sekolah telah dikelompokkan sebagai mata pelajaran pilihan di peringkat menengah atas, namun disiplin geografi masih lagi diperlukan dalam arus pendidikan negara pada masa kini. Peranan universiti awam penting dalam meletakkan disiplin geografi ini sama penting dengan disiplin-disiplin ilmu yang lain. Disiplin geografi masih lagi menjadi pilihan kepada pelajar di peringkat universiti sama ada sebagai bidang major ataupun minor.
Pendidikan geografi juga tidak terkecuali daripada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkini. Pendidikan geografi juga mampu menarik pelajar sekiranya pengajaran berbantukan komputer dilakukan. Penggunaan Sistem Maklumat Geografi (SMG) cuba diperkenalkan dalam mata pelajaran geografi sekolah agar guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka. Isu-isu semasa yang berkaitan dengan pendidikan geografi dikemukakan begitu juga beberapa pandangan serta cadangan yang dirasakan boleh membantu dalam mempertingkatkan lagi disiplin geografi di peringkat sekolah dan juga institusi pengajian tinggi setempat khususnya.
Sumber bahan : http://www.booksonline.my/index.jsp?pageid=publicBook&type=BOOK&b_id=1863#
Buku MINDA LESTARI : PEMBANGUNAN NEGARA DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

MINDA LESTARI : PEMBANGUNAN NEGARA DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR (KULIT LEMBUT) Author: Zaini Ujang Publisher: Penerbit UTM Press • 2009 • ISBN 978-983-52-0500-2 • 410 pages • 0.0 kg • Edition 1
Minda Lestari menyediakan bahan segar bagi tatapan golongan pencinta alam dan mereka yang prihatin terhadap pelestarian alam sekitar. Masyarakat umum boleh menjadikan Minda Lestari ini sumber rujukan penting, kerana penulisnya bukan sahaja membicarakan soal isu dan kaedah penyelesaian secara yang mudah difahami, bahkan lebih dari itu, penulisnya juga menyelitkan unsur-unsur idealisme, kerangka dan cara berfikir selari dengan inisiatif pelestarian alam sekitar dalam pelbagai dimensi dan perspektif.
Minda Lestari merungkaikan maksud serlahannya tentang pemikiran, gaya fikir dan disiplin akliah yang menjadikan kesejahteraan masyarakat sebagai matlamat pembangunan menerusi alam sekitar yang bersih dan selamat, sistem dan pengurusan yang cekap, dan dasar serta amalan gaya hidup selari dengan fitrah insaniah.
Minda Lestari juga berkaitan dengan pemikiran atau minda kelas pertama. Memupuk minda kelas pertama juga adalah salah satu teras dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Minda kelas pertama bermakna pemikiran dan sikap yang progresif, maju dan proaktif yang membentuk budaya dan amalan hidup yang berkualiti yang setanding dengan bangsa dan negara maju.
Minda Lestari turut menjawab persoalan-persoalan alam sekitar secara tuntas. Minda Lestari bukan buku teks, sebaliknya rantaian gagasan idea yang diungkapkan mengikut perkembangan isu semasa dan keperluan masyarakat. Malah Minda Lestari juga adalah catatan peristiwa yang dilalui penulis dalam konteks sumbangan kecil memajukan pemikiran dan gaya hidup selari dengan pelestarian pembangunan dan alam sekitar.
“Minda Lestari membahaskan pelbagai isu saintifik dengan mengemukakan hujah bernas, pandangan yang sentiasa menarik dan bersifat komparatif.”
Dato’ Sri Mohd Najib
“Penulis bukan sahaja berjaya membahaskan isu alam sekitar dalam konteks pembangunan negara, malah menghayati bidang secara fitrah, akliah dan amalan untuk dijadikan panduan seluruh pembaca. Mendalam dan meyakinkan.”
Dato’ Hassan Malek
Timbalan Menteri
Jabatan Perdana Menteri
“Sebagai pakar bidang dan penulis prolifik, penulis berjaya mengadunkan isu alam sekitar dan aspek perundangan serta pengurusan dalam satu kerangka pemikiran yang mantap. Buku ini perlu dibaca oleh semua profesional dan mereka yang prihatin terhadap alam sekitar.”
Tan Sri Ir. Zaini Omar
Pengerusi
Suruhanjaya Pengurusan Air Negara
“Satu-satunya siri penulisan mengenai asas pemikiran dan gaya hidup lestari ke arah pembentukan Malaysia sebagai negara maju yang aman, sejahtera, bersih dan bebas daripada segala bentuk pencemaran. Tahniah!”
Dato’ Ir. Dr. Abu Bakar Jaafar
Ketua Pengarah
Jabatan Alam Sekitar (1990–1995)
“Minda Lestari menyediakan kerangka pemikiran dan gaya hidup mesra alam dan mesra pembangunan. Buku ini wajar dijadikan bacaan wajib semua pencinta alam dan warga prihatin terhadap pembangunan lestari.”
Profesor Dr. Zulkipli Yusop
Pengarah
Institut Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Air (IPASA)
Universiti Teknologi Malaysia
Sumber bahan : http://www.booksonline.my/index.jsp?pageid=publicBook&type=BOOK&b_id=704
Ahad, 27 November 2011
Buku Maklumat Keluasan dan Perimeter Negeri, Daerah dan Pulau di Malaysia

| Pengenalan Buku Maklumat Keluasan & Perimeter Negeri, Daerah dan Pulau-Pulau di Malaysia merupakan produk baru yang diterbitkan oleh JUPEM pada tahun 2005. Buku ini mengandungi maklumat lengkap keluasan dan jarak keliling negeri-negeri, daerah-daerah serta pulau-pulau yang terdapat di perairan Malaysia. Selain itu ia juga memaparkan lokasi pulau-pulau dengan rujukan koordinat geografi. Buku ini adalah sesuai untuk dijadikan sumber rujukan geografi yang komprehensif untuk diguna pakai oleh pelbagai peringkat masyarakat bagi tujuan penyelidikan, perancangan, pendidikan dan sebagainya. ; | |
| Liputan: Malaysia | |
| Tahun: 2006 | |
| Harga: RM20.00 | |
| Boleh diperolehi dari Pusat-pusat Maklumat dan Jualan Data Geospatial JUPEM di seluruh negara atau secara atas talian melalui JUPEM Geoportal. |
Rabu, 16 Mac 2011
Ulasan Buku - Isu-isu Pendidikan Geografi di Malaysia
Isu-isu Pendidikan Geografi di Malaysia

Geografi merupakan suatu disiplin ilmu yang pantas mengalami perubahan kerana ia berkait langsung dengan elemen ruang dan masa, segala perubahan yang berlaku dalam ruang akan memberi impak langsung kepada bidang geografi. Oleh itu, pendidikan geografi seharusnya sentiasa bersedia di samping berupaya memberi respons yang terbaik sebaik mungkin kepada perubahan- perubahan yang berlaku dalam bidang geografi. Jika diperhatikan dalam tempoh terdekat ini, pembangunan dalam aspek pengetahuan geografi bersama-sama dengan aplikasi kemahiran, konsep dan nilai telah memberi suatu dinamisme baharu kepada pendidikan geografi.
Pelbagai isu yang dikemukakan dalam buku ini berkaitan dengan situasi sebenar dalam pendidikan geografi khususnya di sekolah. Walaupun mata pelajaran geografi merupakan mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas tetapi telah timbul minat pelajar untuk mempelajari geografi di peringkat prauniversiti. Bidang geografi akan menjadi semakin penting dan perlu selagi manusia itu berinteraksi dengan alam sekitar. Pengetahuan dalam bidang geografi dianggap sebagi input penting dalam membuat keputusan pada hari ini dan masa hadapan terutamanya dari segi keberkaitan geografi dalam perancangan dan pembangunan negara. Perubahan-perubahan yang dilakukan oleh manusia terhadap ruang akan memberi implikasi yang luas bukan sahaja kepada persekitaran fizikal terapi juga kepada manusia.
Tinjauan terhadap literasi geografi turut dibangkitkan daripada segi keperluan dalam pendidikan masa kini dan geografi amat sesuai diajar sebagai satu masa pelajaran dalam kurikulum pendidikan umum di pelbagai peringkat. Walaupun mata pelajaran geografi si sekolah telah dikelompokkan sebagai mata pelajaran pilihan di peringkat menengah atas, namun disiplin geografi masih lagi diperlukan dalam arus pendidikan negara pada masa kini. Peranan universiti awam penting dalam meletakkan disiplin geografi ini sama penting dengan disiplin-disiplin ilmu yang lain. Disiplin geografi masih lagi menjadi pilihan kepada pelajar di peringkat universiti sama ada sebagai bidang major ataupun minor.
Pengarang: Abdul Hamid Abdullah dll
• 2006 • ISBN 983-2620-04-1 • RM35.00
Isi Kandungan
">Pendidikan Geografi di Malaysia: Isu dan Cabaran Semasa
">Pendidikan Geografi di Malaysia: adakah Masih Relevan
">Keberkaitan Geografi dalam Perancangan dan Pembangunan Negara
">Keperluan dan keutamaan literasi Geografi dalam Pendidikan Umum : Satu Ulasan Ringkas
">Pendidikan geografi di Universiti Pendidikan Sultan Idris: Ke arah Memartabatkan Disiplin Geografi dalam Pembangunan Negara
">Kecenderungan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris memilih minor geografi
">Literasi Geografi: Kajian Kes dalam Kalangan Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris
">Penggunaan Sistem Maklumat Geografi (SMG) dalam Pengajaran Mata Pelajaran Geografi pada Peringkat Sekolah Menengah di Malaysia
">tinjauan terhadap penterjemahan buku geografi sehingga kini
">Merintis arah pendidikan geografi di MalaysiaKhamis, 7 Oktober 2010
Ulasan Buku
Ulasan Buku

Geografi dan Alam Sekitar dalam Pendidikan Negara
Buku ini membincangkan peranan geografi dan alam sekitar dalam pendidikan negara. Buku ini memuatkan 21 bab semuanya yang dibahagikan kepada dua bahagian utama; iaitu bahagian pertama berkaitan dengan geografi dalam pendidikan negara manakala bahagian kedua menghuraikan peranan alam sekitar dalam pendidikan negara. Antara tajuk yang dibincangkan secara terperinci ialah pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran geografi, kemahiran kritis dalam geografi, dan kebolehan ruangan dan penguasaan kemahiran peta. Buku ini turut memberi ulasan tentang pengambilan mata pelajaran geografi di peringkat sijil pelajaran Malaysia dan sijil tinggi pelajaran Malaysia serta keperluan penterjemahan buku dalam bidang geografi. penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, sistem maklumat geografi, dan Internet dalam mata pelajaran geografi turut dijelaskan dalam buku ini. Buku ini turut membincangkan pendidikan alam sekitar melalui mata pelajaran geografi di sekolah dan pengajian alam sekitar di institusi pengajian tinggi. Ulasan terhadap keperluan pendidikan berterusan, peranan undang-undang, dan kesedaran masyarakat dalam menjaga alam sekitar turut dimuatkan dalam buku ini. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan bagi tenaga pengajar dan pelajar yang mengambil kursus kaedah pengajaran geografi dan isu-isu serta kurikulum geografi.
Pengarang: Mazdi Marzuki & Mohmadisa Hashim (Peny)
• 2006 • ISBN 983-2620-69-4 • RM55.00