Sabtu, 12 Oktober 2013

Gunung Sebagai Pasak Bumi

Gunung Sebagai Pasak
Hebatnya ciptaan Allah s.w.t tidak tergambar diakal fikiran tanpa renungan yang bersungguh-sungguh. Bagaimana Allah mencipta segala macam benda yang unik dan tidak sia-sia. Jika diperhatikan sebuah gunung yang tinggi, adakah terfikir 1400 tahun yang lampau ia mempunyai fungsi tersendiri? Siapa terfikir bahawa struktur bawah gunung tersebut sama dalamnya sebagaimana tinggi gunung tersebut?
Namun, hal ini telah diceritakan secara jelas dalam al Quran.
Image
Bukankah Kami telah menjadikan bumi ini sebagai hamparan. Dan gunung-gunung sebagai pasak?. (Surah an-Naba; 6-7)
Al-Quran dengan bahasanya yang tinggi, menegaskan bahawa gunung-ganang adalah sebagai pasak bumi. Hal ini tidak diubah oleh ulama-ulama biarpun mungkin pada zaman mereka, mereka belum menemui bukti sebenar gunung ini sememangnya dipasak?
Maha Suci Allah, yang telah menjadikan bumi ini sebagai suatu hamparan dan gunung-ganang sebagai pasak bumi. Ia juga berfungsi untuk menghalang gegaran seperti ayat berikut:
Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani. (Al Anbiya’ 21:33)
Pada kajian sains, dengan izin Allah, mereka telah menemui fungsi gunung bolehlah diterjemahkan sebagai paku-paku yang mencantumkan 2 keping papan bagi mengelakkan papan tadi bergoyang, dan ia lebih kukuh dengan paku tadi. Sesuai dengan bahasa ‘pasak’ dalam al Quran. Subhanallah.
Dalam surah Luqman juga, Allah telah menyebutkan tentang perkara yang sama sebagaimana ayat berikut:
dan Dia menciptakan gunung-gunung di muka bumi supaya tidak bergoyang bersama kamu (Surah Luqman: ayat 10)
Gunung ganang dalam erti kata lain, mengenggam lapisan pada kerak bumi bersama-sama melalui satu ‘pancang’ yang memanjang dari atas ke bawah permukaan bumi sekaligus menghubungkan semua lapisan-lapisan di dalam bumi ini. Melalui cara ini, ianya menetapkan kedudukan kerak bumi dan menghalangnya daripada terapung di atas batuan magma atau terapung bersama-sama dengan lapisan lain. Secara ringkas, analogi ini mirip seperti keadaan apabila kita memakukan cantuman kepingan kayu bersama-sama.
Pergerakan gunung
Rasulullah s.a.w telah membacakan ayat di bawah:
Dan kamu melihat gunung-gunung itu, kamu menyangka ianya tetap di tempatnya, padahal ia bergerak seperti geraknya awan.(Surah an-Naml: ayat 88).
Lalu terdapat sahabat yang cuba memerhatikan keadaan gunung. Setelah lama diperhatikan, tidak sedikit pun kelihatan bergerak. Apa sahabat tersebut kata?
“Sudah tentu mataku yang silap, dan apa yang Rasulullah cakap itu adalah benar”
Ini iman sahabat. Yakin dengan perkataan al Amin, Rasulullah s.a.w yang terkenal dengan jujur dan benar tutur kata.
Namun sekarang, ia telah terbukti benar.
Pergerakan gunung-ganang ini adalah disebabkan oleh gerakan dalam kerak bumi di mana ia terletak. Kerak bumi ‘terapung’ di atas lapisan mantel, yang lebih padat. Pada awal kurun ke 20, pertama kali dalam sejarah apabila seorang saintis jerman bermana Alfred Wegener mengemukakan bahawa benua-benua bumi sebenarnya bergabung bersama ketika ia terbentuk pertama kali, tetapi kemudian hanyut dalam arah yang berbeza-beza, dan akhirnya terpisah ketika bergerak menjauhi antara satu sama lain.
Pakar geologi baru hari ini menyedari bahawa Wegener sebenarnya adalah benar ketika mengemukakan fakta ini pada tahun 1980 an, 50 tahun selepas kematiannya. Seperti yang dinyatakan oleh Wegener dalam artikel yang diterbitkan pada tahun 1915, daratan bumi terbentuk dalam satu gugusan daratan 500 juta tahun lalu, dan daratan besar ini yang dipanggil Pangaea, terletak di kutub selatan.
Melalui anggaran, 80 juta tahun lalu, Pangaea terbahagi kepada dua bahagian yang hanyut dalam arah yang berbeza. Satu dari benua gergasi ini ialah Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan India. Bahagian yang satu lagi dipanggil Laurasia yang meliputi Eropah, Amerika utara dan Asia kecuali India. Lebih dari 150 juta tahun selepas pemisahan ini, Gondwana dan Laurasia berpecah kepada bahagian yang lebih kecil.
Semua benua ini yang timbul selepas penghayutan dataran Pangaea, bergerak secara konstan di permukaan bumi pada kadar beberapa sentimeter setahun, pada masa yang sama menyebabkan perubahan keseimbangan laut dan darat di bumi.
Ditemui sebagai satu hasil kajian geologikal yang dijalankan pada awal abad ke 20, pergerakan kerak bumi ini dijelaskan oleh saintis sebagai berikut;
Kerak dan bahagian atas mantel, dengan ketebalan hampir 100 kilometer, terbahagi kepada beberapa segmen dipanggil daratan. Terdapat enam daratan besar dan beberapa daratan kecil. Berdasarkan kepada teori dipangil ‘tektonik daratan’, daratan ini bergerak berpusing permukaan bumi, dengan membawa benua-benua dan lantai lautan bersamanya.pergerakan benua telah disukat pada kadar 1-5 sentimeter per tahun. Pergerakan daratan yang berterusan ini akan mengubah sedikit demi sedikit kedudukan geografi dunia. Setiap tahun, sebagai contoh, lautan Atlantik menjadi sedikit lebih luas.
Di sana harus dinyatakan beberapa fakta penting; Tuhan merujuk pergerakan gunung-ganang sebagai satu gerakan ‘penghanyutan’ dalam ayat tersebut. Hari ini, saintis moden juga menggunakan istilah “hanyutan benua’ untuk fenomena ini.
Suatu yang tidak diragui ialah satu dari keajaiban Al-Qur’an ialah fakta saintifik ini yang baru diketahui baru-baru ini melalui bidang sains, telah pun dikhabarkan dalam Al-Qur’an.

Tiada ulasan: